azizian4ever.forumotion.com
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
PENGUNGUMAN PENTING

1. GRAND REUNION AZIZIAN 2010 - 1 MAY 2010. SILA KLIK DI BAWAH

    https://azizian4ever.forumotion.com/ex-smsaa-activities-f6/dinner-alumni-smsaa-teluk-intan-t141.htm

 

2. SUMBANGAN PENGHAWA DINGIN UNTUK SURAU SEKOLAH. SILA KLIK DI BAWAH

    https://azizian4ever.forumotion.com/ex-smsaa-news-announcement-f5/sumbangan-penghawa-dingin-di-surau-sekolah-t123.htm#2316

Latest topics
» How to grab the best coupon codes on the web?
Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz EmptyTue Apr 23, 2013 2:19 pm by lovelygirl

» How to find Coupon Codes with huge discount?
Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz EmptyFri Apr 19, 2013 4:33 pm by lovelygirl

» ASRAMA PUTERA TELAH DIROBOHKAN
Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz EmptyThu Sep 13, 2012 6:49 pm by anaseven

» Home Improvement Cast Meet again 12 Years After The show Ended
Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz EmptySat Oct 08, 2011 11:59 am by lovelygirl

» One Tree Hill Entourage House MD --Discount dvd
Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz EmptyWed Aug 24, 2011 3:11 pm by then2011

» Tips On Conversation Starters
Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz EmptyMon Aug 15, 2011 11:18 am by lily

»  Nightmare Tan Lines! What to wear to avoid them.
Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz EmptySat Aug 13, 2011 11:28 am by lily

»  Flawless Wedding Photography for Your Special Day
Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz EmptyFri Aug 12, 2011 11:25 am by lily

» Debt Ceiling? What Debt Ceiling?
Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz EmptyThu Aug 11, 2011 11:44 am by lily

April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Calendar Calendar

Poll

ATE ..KOMER...JOIN KER ..DINNER NI....

Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz I_vote_lcap83%Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz I_vote_rcap 83% [ 25 ]
Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz I_vote_lcap3%Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz I_vote_rcap 3% [ 1 ]
Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz I_vote_lcap13%Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz I_vote_rcap 13% [ 4 ]

Total Votes : 30


Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz

+2
budak baik
MR. OS
6 posters

Go down

Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Empty Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz

Post by MR. OS Mon May 25, 2009 3:02 pm



Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz ditubuhkan pada tahun 1952 dengan hanya 33 orang murid dan 2 orang guru. Pada masa itu, sekolah ditempatkan di sebuah bangunan rumah batu yang telah tua di Jalan Batak Rabit (sekarang Jalan Maharajalela). Bangunan itu adalah bekas kediaman Tentera Sukarela Malaysia. Pada bulan Disember 1958, sebuah bangunan siap dibina. Bangunan tersebut berharga $270,000 dilengkapi dengan 21 bilik darjah dan 2 bilik makmal. Pada bulan Januari 1959, sekolah lama dipindahkan ke bangunan baru dengan jumlah murid seramai 564 orang dan menduduki 15 kelas sahaja.

Pada tahun 1961, bilangan murid meningkat ke angka 866 orang. Tingkatan 4 ditubuhkan. Sekolah dibahagikan kepada dua sesi. Tiga kelas menengah rendah belajar di sebelah petang. Pada tahun 1962, bangunan sekolah dibuka dengan rasminya oleh Almarhum DYMM Raja Muda Perak. Pada tahun-tahun selepas 1963, kemasukan murid berkurangan. Ramai pelajar Melayu masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan (Seri Perak sekarang). Pada tahun 1964 cuma tinggal 7 kelas sahaja.

Selepas itu, kemasukan pelajar bertambah semula dan ini menyebabkan kekurangan bilik darjah. Mata pelajaran Sains Rumahtangga dan Sains Pertanian serta Seni Perusahaan dijalankan walaupun dalam keadaan kemudahan fizikal yang kurang. Pada tahun 1968, sekolah ini memperolehi bangunan Maktab Latihan Harian yang terdiri daripada 3 bilik darjah, sebuah dewan, sebuah bilik lukisan dan bilik-bilik untuk guru.

Pada tarikh 2 April 1976, bangunan baru berharga $239,000 siap dibina. Ia dirasmikan oleh Encik Abdul Raahman b Hj. Arshad, DKSJ, JSM, BSK, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada tarikh 16 Julai, 1977. Bangunan ini mengandungi 3 buah bilik darjah Makmal Sains, 2 bilik Sains Rumahtangga. Pada bulan November 1978, pentadbiran Asrama Putera di Jalan Maharaja Lela telah diambil alih daripada Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak oleh sekolah. Asrama yang sepatutnya menanmpung 60 orang pelajar telah diisi dengan 110 orang pelajar. Penghuninya bukan pelajar sekolah ini sahaja tetapi juga dari sekolah-sekolah lain. Pada tahun 1979, bangunan Lower Secondary School, Teluk Intan telah diserahkan kepada sekolah ini.Pendawaian eletrik yang memerlukan belanja sebanyak $45,000 masih belum dibuat. Pendawaian eletrik di blok B dibuat pada tahun 1985.

Bangunan Asrama Puteri (bersebelahan bangunan sekolah) telah siap dibina dan digunakan pada 1 Januari 1988. Asrama ini dijadikan Asrama Puteri Pusat dan pentadbirannya diambil alih oleh SM Convent, Teluk Intan. Asrama ini boleh menampung 200 penghuni. Pagar di sekeliling kawasan sekolah telah diganti dengan pagar baru dan siap dibina pada bulan Januari 1988. Pada tahun 1988, sebuah koridor yang menghubungkan Blok F dengan blok A telah dibina. Pada tahun 1988, Asrama Puteri di Jalan Sultan Abdullah telah diambil alih pentadbirannya oleh Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan. Pada tahun Januari 1989, asrama ini dijadikan Asrama Putera Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan. Pada bulan Mac 1990, bangunan baru (Blok N ) mengandungi 4 bilik darjah telah siap dibina. Pada 9 April 1990, jam 11.20 malam, bangunan Blok D terbakar. Pada bulan Ogos 1990, Bilik Sumber dan Bilik Pandang Dengar dilengkapi sepenuhnya dengan pelbagai perabot dan peralatan mengajar. Di sekolah ini terdapat bilik-bilik khas seperti Bilik Pandang Dengar (APD), Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Peperiksaan, Bilik Matematik, Bilik Sejarah dan Geografi , dan Bilik ERT.

Pada tahun 2002, sebuah bangunan dengan kelengkapan dua buah makmal komputer telah siap dibina. Pada tahun 2003, Bilik Pemprosesan Makanan serta Bengkel Akuakultur Dan Haiwan Rekreasi siap dibina. Pada tahun 2005, kelas aliran sains dan aliran sastera tingkatan enam rendah telah diadakan di sekolah ini.

MR. OS
MR. OS
KETUA PREFEK
KETUA PREFEK

Name : Zulkarnain Mohamed Shaharuddin
Year SPM : 1987
Age : 54
Join date : 2009-05-16
Hometown Location : Taman Jaya
Current Location : KEPALA BATAS , PENANG
Profession : NGANTOR SOGHAT
Posts : 662
Tahun SPM : ATE..MOH LE KITA BERGEBANG KAT SINI

Back to top Go down

Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Empty Re: Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz

Post by budak baik Mon May 25, 2009 5:22 pm

...gua saspek lu bro..tak kira le mana source lu korek yg pasti anisiatif lu kasik tabik spring cheers cheers cheers cheers Basketball Basketball Basketball
budak baik
budak baik
KETUA PREFEK
KETUA PREFEK

Name : Hamdan Hassan
Year SPM : 87
Age : 53
Join date : 2009-05-19
Hometown Location : SELABAK
Current Location : MELAKA
Profession : jaga lab kat MMU...
Posts : 639

Back to top Go down

Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Empty Re: Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz

Post by matjongket Mon May 25, 2009 11:57 pm

caya la mr os...tq 4 your info.
batch aku 1988 masa tu form 1 duduk asrama putri kat 1st floor. aku dgn geng2 RK dlm 40 org dok kat dorm A & B tp aku sorg je bkn RK. budak pompuan dok kat 2nd & 3rd floor. aku ingat lg no locker aku B14. Kitorg je yg bernasib baik sebagai budak lelaki yg duduk kat asrama pompuan cuma yg tak best nya masa tu baru form 1 klu form 5 la dok sana...mcm2 jd ooooo.
matjongket
matjongket
KETUA DARJAH
KETUA DARJAH

Name : Mohd Rizal Kamaruddin
Year SPM : 1992
Age : 49
Join date : 2009-05-18
Hometown Location : Teluk Intan Perak
Current Location : mid valley city KL
Profession : lepas mkn tido & lepas tido mkn
Posts : 22

Back to top Go down

Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Empty Re: Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz

Post by The White Wasp Tue May 26, 2009 11:05 am

Nasib baik jugak...kalau tidak mungkin engkau sekarang dalam lokap
The White Wasp
The White Wasp
KETUA PREFEK
KETUA PREFEK

Name : RIZAL NOOR
Age : 54
Join date : 2009-05-16
Hometown Location : SEMESTI Batu 8 (dulu) sekarang tak boleh balik
Current Location : Kalau tak kat Shah Alam, Kelana Jaya
Profession : Jual sotong
Posts : 984
Tahun SPM : 1987

http://www.fluorescentsquid.com

Back to top Go down

Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Empty Re: Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz

Post by azroy77 Sat Jun 20, 2009 12:54 pm

MR. OS wrote:


Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz ditubuhkan pada tahun 1952 dengan hanya 33 orang murid dan 2 orang guru. Pada masa itu, sekolah ditempatkan di sebuah bangunan rumah batu yang telah tua di Jalan Batak Rabit (sekarang Jalan Maharajalela). Bangunan itu adalah bekas kediaman Tentera Sukarela Malaysia. Pada bulan Disember 1958, sebuah bangunan siap dibina. Bangunan tersebut berharga $270,000 dilengkapi dengan 21 bilik darjah dan 2 bilik makmal. Pada bulan Januari 1959, sekolah lama dipindahkan ke bangunan baru dengan jumlah murid seramai 564 orang dan menduduki 15 kelas sahaja.

Pada tahun 1961, bilangan murid meningkat ke angka 866 orang. Tingkatan 4 ditubuhkan. Sekolah dibahagikan kepada dua sesi. Tiga kelas menengah rendah belajar di sebelah petang. Pada tahun 1962, bangunan sekolah dibuka dengan rasminya oleh Almarhum DYMM Raja Muda Perak. Pada tahun-tahun selepas 1963, kemasukan murid berkurangan. Ramai pelajar Melayu masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan (Seri Perak sekarang). Pada tahun 1964 cuma tinggal 7 kelas sahaja.

Selepas itu, kemasukan pelajar bertambah semula dan ini menyebabkan kekurangan bilik darjah. Mata pelajaran Sains Rumahtangga dan Sains Pertanian serta Seni Perusahaan dijalankan walaupun dalam keadaan kemudahan fizikal yang kurang. Pada tahun 1968, sekolah ini memperolehi bangunan Maktab Latihan Harian yang terdiri daripada 3 bilik darjah, sebuah dewan, sebuah bilik lukisan dan bilik-bilik untuk guru.

Pada tarikh 2 April 1976, bangunan baru berharga $239,000 siap dibina. Ia dirasmikan oleh Encik Abdul Raahman b Hj. Arshad, DKSJ, JSM, BSK, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada tarikh 16 Julai, 1977. Bangunan ini mengandungi 3 buah bilik darjah Makmal Sains, 2 bilik Sains Rumahtangga. Pada bulan November 1978, pentadbiran Asrama Putera di Jalan Maharaja Lela telah diambil alih daripada Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak oleh sekolah. Asrama yang sepatutnya menanmpung 60 orang pelajar telah diisi dengan 110 orang pelajar. Penghuninya bukan pelajar sekolah ini sahaja tetapi juga dari sekolah-sekolah lain. Pada tahun 1979, bangunan Lower Secondary School, Teluk Intan telah diserahkan kepada sekolah ini.Pendawaian eletrik yang memerlukan belanja sebanyak $45,000 masih belum dibuat. Pendawaian eletrik di blok B dibuat pada tahun 1985.

Bangunan Asrama Puteri (bersebelahan bangunan sekolah) telah siap dibina dan digunakan pada 1 Januari 1988. Asrama ini dijadikan Asrama Puteri Pusat dan pentadbirannya diambil alih oleh SM Convent, Teluk Intan. Asrama ini boleh menampung 200 penghuni. Pagar di sekeliling kawasan sekolah telah diganti dengan pagar baru dan siap dibina pada bulan Januari 1988. Pada tahun 1988, sebuah koridor yang menghubungkan Blok F dengan blok A telah dibina. Pada tahun 1988, Asrama Puteri di Jalan Sultan Abdullah telah diambil alih pentadbirannya oleh Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan. Pada tahun Januari 1989, asrama ini dijadikan Asrama Putera Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan. Pada bulan Mac 1990, bangunan baru (Blok N ) mengandungi 4 bilik darjah telah siap dibina. Pada 9 April 1990, jam 11.20 malam, bangunan Blok D terbakar. Pada bulan Ogos 1990, Bilik Sumber dan Bilik Pandang Dengar dilengkapi sepenuhnya dengan pelbagai perabot dan peralatan mengajar. Di sekolah ini terdapat bilik-bilik khas seperti Bilik Pandang Dengar (APD), Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Peperiksaan, Bilik Matematik, Bilik Sejarah dan Geografi , dan Bilik ERT.

Pada tahun 2002, sebuah bangunan dengan kelengkapan dua buah makmal komputer telah siap dibina. Pada tahun 2003, Bilik Pemprosesan Makanan serta Bengkel Akuakultur Dan Haiwan Rekreasi siap dibina. Pada tahun 2005, kelas aliran sains dan aliran sastera tingkatan enam rendah telah diadakan di sekolah ini.



bro....bangunan lame yg kat batak rabit tu kat mane....ade lagi ke...??
azroy77
azroy77
KETUA DARJAH
KETUA DARJAH

Name : azhari bin othman
Year SPM : 1994
Age : 46
Join date : 2009-05-29
Hometown Location : batu lapan teluk intan
Current Location : nottingham - kajang
Profession : banker
Posts : 47

Back to top Go down

Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Empty Re: Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz

Post by ahmad hisham bin abdul mu Sat Jun 20, 2009 3:06 pm

Wah....hebat betul forum ni. Siap ada catatan sejarah lagi. Good job guys.....saya bangga....

ahmad hisham bin abdul mu
KETUA DARJAH
KETUA DARJAH

Name : ahmadhisham bin hj abdul munir
Year SPM : 1984
Age : 57
Join date : 2009-06-19
Hometown Location : tapah perak
Current Location : shah alam
Profession : apa apa j le
Posts : 19

Back to top Go down

Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Empty Re: Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz

Post by ahmad hisham bin abdul mu Sat Jun 20, 2009 3:10 pm

Ada ke ex azizian tahun 1984 dlm forum ni.

ahmad hisham bin abdul mu
KETUA DARJAH
KETUA DARJAH

Name : ahmadhisham bin hj abdul munir
Year SPM : 1984
Age : 57
Join date : 2009-06-19
Hometown Location : tapah perak
Current Location : shah alam
Profession : apa apa j le
Posts : 19

Back to top Go down

Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Empty Re: Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz

Post by MR. OS Sat Jun 20, 2009 4:49 pm

[quote="azroy77"]
MR. OS wrote:
[size=12]


bro....bangunan lame yg kat batak rabit tu kat mane....ade lagi ke...??
itu aku tak tau kat mana bro..sebab aku pun dpt info ni dr web smksaa...jenuh aku mikior nya kat mana..tp rasa mcm dah tak ada
MR. OS
MR. OS
KETUA PREFEK
KETUA PREFEK

Name : Zulkarnain Mohamed Shaharuddin
Year SPM : 1987
Age : 54
Join date : 2009-05-16
Hometown Location : Taman Jaya
Current Location : KEPALA BATAS , PENANG
Profession : NGANTOR SOGHAT
Posts : 662
Tahun SPM : ATE..MOH LE KITA BERGEBANG KAT SINI

Back to top Go down

Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Empty Re: Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz

Post by MR. OS Sat Jun 20, 2009 4:51 pm

ahmad hisham bin abdul mu wrote:Ada ke ex azizian tahun 1984 dlm forum ni.

ada..ari tu nampak nanie n akma...ajak la member group ko sham join berbincang dlm forum ni...pasal reunion pun aku dah sediakan topik
MR. OS
MR. OS
KETUA PREFEK
KETUA PREFEK

Name : Zulkarnain Mohamed Shaharuddin
Year SPM : 1987
Age : 54
Join date : 2009-05-16
Hometown Location : Taman Jaya
Current Location : KEPALA BATAS , PENANG
Profession : NGANTOR SOGHAT
Posts : 662
Tahun SPM : ATE..MOH LE KITA BERGEBANG KAT SINI

Back to top Go down

Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Empty Re: Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum